Google Webmaster

Saturday, November 9, 2019

Rokok Haram dan Rokok Seludup

Rokok seludup dekat Malaysia sekarang dah makin banyak terjual dah, senang je nak beli rokok seludup sekarang nie. Tahu tak, bila dah banyak sangat rokok haram atau rokok seludup ni masuk dalam pasaran, nanti lagi banyak jenayah terancang yang berlaku.. seperti yang berlaku di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Bila kita beli rokok seludup nie kita sebenarnya membantu atau mendorang mereka supaya menjual lagi rokok seludup ni di Malaysia, pada masa yang sama lebih banyak lagi pendatang asing yang masuk ke Negara kita.

Rata-rata yang menjual rokok seludup ini adalah dari pendatang asing yang masuk secara haram ke Negara kita, iyalah kalau mereka masuk secara normal macam mana pulak mereka boleh bawa rokok-rokok nie kan. Rokok seludup ni memanglah murah, tapi kesannya sangat banyak pada pengguna dan Negara kita.


Apa kesan pada pengguna ini, kesan pada pengguna atau kita yang membeli rokok seludup ni. Kita tidak tahu apa kandungan dalam rokok seludup yang dijual ni, kemungkinan ada bahan-bahan yang terlarang atau bahan-bahan yang melebihi dari had yang boleh menyebabkan kita mendapat penyakit. Iya memang rokok yang terjual di Malaysia ini tidak elok untuk kesihatan kita, tapi kandungan bahan dalam rokok tersebut dikawal.

Baru-baru nie aku ada baca tentang artikel rokok seludup nie di New Strait Times (NST). Dalam artikel tersebut ada menggatakan kerajan Malaysia rugi hampiri RM 2 Billion disebabkan penjualan rokok seludup nie. RM 2 Billion itu satu jumlah yang besar, tak kan kita nak buat ekonomi Negara kita jatuh kot, piker-pikirlah sebelum membeli rokok. Beli lah rokok yang sah di pasaran, jangan beli rokok seludup.

Apa-apa pun merokok tu sebenarnya membahayakan kesihatan. Fikirlah kalau beli rokok pun pastikan ianya bukan rokok haram yang diseludup. Merokok tu pun dah sah-sah tak baik selain dapat berjimat ianya juga dapat membantu menjana ekonomi sendiri gak.

Thursday, June 28, 2018

Pemandu Lelaki Juga Tidak Selamat

Salam!

Dulu heboh pemandu wanita banyak yang kena rompak/ragut semasa dalam kereta, sekarang perompak mula berani merompak pemandu lelaki pulak.

Semalam penyanyi dan ahli perniagaan saudara N. D Lala turut dirompak oleh sekumpulan Mat Rempit disebuah stesen minyak. Kalau difikirkan semula ditempat awam pun sekarang kurang selamat berbanding dulu.



Perompak semakin lama semakin berani menbuat kerja-kerja jenayah ditempat awam. Kalau geng rempit ni berani buat begitu dah sah mereka ni mabuk atau mengambil dadah sebelum buat kerja tersebut. Kalau normal, aku rasa mereka fikir banyak kali nak buat macam tu.

Dalam hal ni nak salahkan pihak polis pun tak boleh juga. Mungkin mereka dah ikut dari awal lagi dan mereka pun tak kenal sapa yang bakal mereka rompak. Kalau mereka tahu yang mereka rompak tu N. D LALA agak-agak dorang berani tak rompak?

Kalau dah atas dahi tu dah cop “rempit dan rompak”dengan “kepala kosong” pun mereka berani. Tak payah tunggu nak isi kepala sebelum rompak.

Entahlah,  sejak musim cuti sekolah banyak betul kes-kes jenayah yang dilaporkan, mungkin budak-budak sekolah terlibat atau memang penjenayah melakukan jenayah tidak kira masa!

Mat rempit nie dah semakin menjadi-jadikan. Pihak poils dan ibu bapa kena ambik inisiatif  untuk bendung gejala nie.

Memang kena banyak soal nanti. Dulu saya tertinggal golok dalam kereta, puas gak lah sesi bersoal jawab dengan polis. Nasib baik mereka boleh terima alasan golok untuk siang.

Pada pendapat aku, semua tempat kena sediakan parking yang ada guard nampaknya barulah selamat. itupun kalau guard bukan jenis kaki tidur. Memang banyak guard kaki tidur sekarang ni, bagi mereka yang muda mana ada orang yang minat nak jadi guard.

Tuesday, April 24, 2018

Amalan Penarik Rezeki

Amalan Penarik rezeki memang banyak sebenarnya. Cuma kita saja yang tak amalkan. Nak doa murah rezeki, tapi niatnya tak diperbetulkan dulu pun susah juga. Apa-apa saja, kena perbetulkan niat kita. Sama juga dengan Amalan Penarik Rezeki.

Untuk apa kita nak tahu amalan penarik rezeki ni? Adakan sebab untuk keperluan kita semata-mata? Atau adakah kita nak tahu dan nak amalkan sebab keperluan orang lain juga? Fikirkan sebaik-baiknya, tentukan niat kita dan barulah Allah akan tunjukkan jalan untuk tambahkan rezeki kita.

Sesiapa yang Allah gerakkan hatinya untuk baca blog ayam saya ni, alhamdulillah sebab korang mesti digerakkan oleh Allah untuk sama-sama dapat ilmu bagaimana Amalan Penarik Rezeki yang mungkin korang boleh ikut dalam usaha untuk keluar daripada sebarang masalah.



Kalau korang baru pertama kali tengok ceramah Yusuf Mansur ni, memang korang akan “bosan” sikit. Biasalah, perkara baik memang mula-mula bosan tapi percayalah cakap saya. Korang akan suka dan dapat banyak ilmu tentang Amalan Penarik Rezeki kalau korang betul-betul tengok video ni sampai habis.

Tapi, kalau korang memang malas juga nak tonton video ni yang mungkin ada amalan yang korang boleh amalkan seperti doa selepas sembahyang yang berkenaan rezeki contohnya, saya mudahkan kerja koranglah ya. Saya ekstrakkan terus apa antara amalan penarik rezeki yang diberikan oleh Ustaz Yusuf Mansur ni.

1) Amalkan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

2) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari.

3) Bertasbih minimumnya 100 kali sehari

4) Bersedekahlah setiap hari, biar amaunnya tak banyak tapi istiqamah

Ok itu saja. Selamat menonton!

Friday, March 9, 2018

Cara nak berhenti Merokok !

Ampun saya tapi saya tetap kena cakap: Saya sangat sangat benci pada rokok. Barangan ini bukan satu barangan yang patut wujud di dunia ini.

Saya bukan tak suka atau benci orangnya atau pelakunya tetapi saya benci rokok yang di hisap dan bau yang dikeluarkan di sekeliling yang menyebabkan udara macam kena tercemar dengan serius. Cuba bayangkan anda berada dalam keadaan seperti ini.

Harga Rokok Semakin Naik Setiap Tahun

Lagi pun, harga rokok meningkat buat hampir setiap tahun. Dulu sekotak rokok yang mempunyai 20 batang cuma jual dengan harga RM3. Tetapi sekarang harganya telah melampau naik sampai ke RM17 untuk sekotak rokok. Sangat tidak masuk akal yang peratus kenaikan lebih pantas daripada inflasi.

Pernah member saya cakap, kadang-kadang sekotak rokok itu hanya tahan untuk 2 hari sahaja. yang lebih mengejutkan, sekotak sehari pun ada. kalau kita kira sekotak untuk 2 hari,

Kalau sebulan? Nak dekat RM250 dah!!!

Bagi saya nilai RM250 sangat besar. Kat kampung, saya boleh hidup untuk sebulan dengan nilai itu.

Lagipun semua maklum yg hukum hisap rokok adalah HARAM

Saya boleh bantu anda jika anda benar-benar ingin berhenti merokok. Sementara itu, cuba amalkan dulu anda dengan tips yang boleh membantu anda berhenti merokok.

Jika percubaan untuk berhenti selepas mengamalkan tips yang di berikan menemui jalan buntu, boleh amalkan supplement shaklee vivix


Jadi, adalah baik untuk semua perokok untuk belajar berhenti merokok sekarang, jangan sampai kawan-kawan anda berkata

Tuesday, January 23, 2018

Gubahan Hantaran Yang Perlu Disediakan

Pada masa kini, banyak orang anggap gubahan hantaran tidak begitu penting dalam satu perkahwinan. Sebaliknya, banyak orang mengutamakan mas kahwin. Tetapi sebenarnya hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan adalah dengan tujuan untuk memberitahu pasangan yang bersedia untuk hidup bersama ni ikhlas menerima dirinya seadanya. Memang kita tidak mesti nak mengikuti tepat dengan semua budaya-budaya luar hinggakan melampaui batasan. Adalah lebih baik bagi pasangan yang ingin kahwin tu menyediakan gubahan hantaran yang boleh mampu ditanggung dan bagi keluarga itu hidup dengan bahagia.



Bagi gubahan hantaran, ramai orang mengelirukan apa barangan yang patut diberikan. Jadi, adalah baik bagi anda menyediakan satu checklist dan rujuk kepada panduan dan senarai barang hantaran yang biasa orang bagi.

Berikut adalah senarai hantaran yang biasanya diberikan. Mengikut pengalaman saya dan juga maklum balas yang orang lain bagikan, saya dah buat satu senarai untuk hantaran yang famous untuk orang ramai. Antaranya:-




Baju persalinan dari Makeoverurself
– Baju persalinan = kurung (P)
– Songkok = melayu (L)
– Kain untuk buat baju (L & P)
– Kasut (L & P)
– Beg Tangan
– Jam Tangan (L & P)
– Coklat (Contohnya Cabana Chocolate, Ferraro Rocher atau Coral Delight Coklat).
– Perfume Set/Manicure Set/Penjagaan Diri
– Kek/Macaroon/Candy/Cupcake
– Buah-buahan
– Aalquran/Buku Agama/Tafsir (L & P)
– Sejadah (P)
– Telekung (P)
– Set barangan mandian

Jika nak beri hantaran yang mahal sikit, antara yang boleh dibagikan adalah:
– Gadget seperti smartphone, camera, laptop, TV dan lain-lain.
– Set barang kemas.
– Kunci kereta baru
– Kunci rumah baru
– Sijil insurance/Emas jongkong(pelaburan)
Sewaktu anda keluar untuk membeli gubahan hantaran, anda kena ingat bahawa anda tidak beli barangan yang ada kemungkinan besar tidak dipakai langsung. Jika anda beli hantaran macam ni, ia cuma membazirkan wang anda dan akhirnya barangan itu akan rosak dan dibuang dalam tong sampah saja. Jadi, sebelum anda beli barang yang diperlukan oleh pengantin, pastikan bahawa semua barangan ni yang biasanya kegunaan pengantin akan dipakai selepas kahwin. Adalah baik untuk pengantin berbincang-bincang terlebih dahulu supaya dapat jimat wang dalam barangan yang tidak diperlukan.
Bagi ramai perempuan, mereka suka terima hadiah atau hantaran camtu. Tapi ini semua terpulang kepada pengantin itu berbincang satu sama lain. Ada juga orang yang berikan hantaran iPad 2 kepada pengantin perempuan dan dia nampak gembira sekali. Bagi saya, saya akan cadangkan pengantin beli jenis baju dan pakaian yang bermutu tinggi dan boleh dipakai buat seumur hidup.

Friday, January 12, 2018

8 Sebab Gagal Temuduga Separa Perubatan

Dalam sesi temuduga Separa Perubatan, calon-calon yang terpilih terdiri dari mereka yang telah lulus peperiksaan online Separa Perubatan. Ianya melibatkan 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Dalam sesi tapisan temuduga Separa Perubatan, ada 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang biasanya dilakukan oleh calon-calon.



1. Tidak bersungguh ketika temuduga. Ini dapat dilihat dari sudut persediaan sebelum temuduga. Terdapat calon yang datang temuduga tanpa penampilan yang serius. Hanya berpakaian ala kadar seperti hendak ke pasar dan tidak mencari maklumat untuk menghadapi temuduga Separa Perubatan.

2. Menghadap panel temuduga tanpa perasaan. Datang temuduga dan masuk ke bilik temuduga tanpa sebarang keyakinan. Dengan muka yang tidak berperasaan, calon tersebut seperti acuh tidak acuh menjawab soalan-soalan dari panel penemuduga.

3. Tidak menyerahkan resume pada panel penemuduga. Fail yang menyimpan maklumat berkaitan diri calon tersebut hanya diletakkan di depan mereka. Tiada komunikasi yang wujud menerusi tangan calon. Sekurang-kurangnya, fail tersebut dihulurkan sehingga disambut oleh panel penemuduga.

4. Terus duduk tanpa disuruh. Semasa berada dalam bilik temuduga, tugas anda ialah menunggu dan menerima arahan dari panel penemuduga. Bayangkan bagaimana adab apabila datang ke rumah orang. Duduk setelah dipersilakan, makan setelah dijemput.

5. Memegang beg atau berpeluk tubuh. Semasa proses temuduga sedang berjalan, elakkan daripada berbuat demikian. Berpeluk tubuh hanya akan memperlihatkan sikap yang tidak yakin. Tunjukkan adab sebagai calon yang lebih muda menghormati panel penemuduga yang tua.

6. Pegang pen semasa temuduga berlangsung. Sambil ditemuduga, ada sebahagian calon yang berbuat demikian. Maaf ini adalah sesi temuduga Separa Perubatan, bukan masanya untuk bermain. Di sekolah bila guru sedang mengajar, sudah pastinya anda boleh mendengar dengan baik.

7. Tidak berbual santai semasa rehat dengan panel penemuduga. Ini bukanlah satu kemestian, namun bila terserempak dengan mereka semasa rehat atau makan, tidak salah untuk bertegur sapa. Ini menggambarkan adab sopan sebagai seorang manusia, boleh berkomunikasi dengan masyarakat.

8. Tidak kaji institusi Diraja dan senarai kabinet di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah pengetahuan am yang wajib diketahui meski pun tidak dipanggil ke tapisan temuduga Separa Perubatan. Usah sekadar membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja.

Itulah sedikit sebanyak 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang kerap dilakukan oleh calon-calon Separa Perubatan. Lakukan persediaan temuduga yang lebih baik dengan membuat rujukan dari Ebook Temuduga Separa Perubatan.

Keputusan Peperiksaan Separa Perubatan

Pihak SPA telah mengemaskini link semakan untuk calon-calon memeriksa keputusan peperiksaan Separa Perubatan Gred U29 di portal mereka. Anda yang terlibat boleh menggunakan link di bawah untuk melihat keputusan anda.



Semakan keputusan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Gred U29 :

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Semenanjung)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=SK20160013

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Sabah)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=GAllipoli

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Sarawak)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=SW20160012

Apa juga keputusan yang diperolehi, saya berharap ia adalah yang terbaik untuk anda. Jika anda gagal dalam peperiksaan, usah berputus asa kerana masih ada peluang di tahun hadapan. Kemaskini maklumat dalam SPA supaya nama anda tercalon lagi di peperiksaan yang akan datang.

Masalah tidak cukup persediaan semasa peperiksaan, gangguan server yang tidak stabil, talian internet yang terputus-putus, soalan tidak terpapar dengan lengkap pasti memberi kesan kepada keputusan peperiksaan Separa Perubatan anda.

Sama ada pihak SPA akan membuat peperiksaan ulangan atau tidak, dinasihatkan anda supaya sentiasa peka dengan sebarang berita dari pihak SPA. Perlu diingat bahawa, pengambilan Separa Perubatan ialah 2 kali setahun, jadi anda yang masih belum berjaya perlu bersedia untuk peperiksaan dan temuduga pada bulan Mac dan September setiap tahun. Tarikh dan masa yang sebenar akan diumumkan oleh SPA.

Mohon tinggalkan soalan anda di bahagian komen jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan. Kami akan cuba untuk membantu menjawab soalan-soalan anda.

Anda yang lulus dalam peperiksaan online Separa Perubatan, sila rujuk Panduan Persediaan Temuduga Separa Perubatan.