Aku tak tau samada aku ni bertuah atau malang. Baru je gunakan iPhone ni seminggu lebih, aku rasakan ada masalah pada button iPhone ni. Yes. Button yang bulat tu. Bila tekan je, dia susah nak naik balik. Siap ada bunyi ‘Ktak’. Haiya. Ingatkan perfect sangatlah iPhone ni, lupa pulak, buatan manusia, tak ada yang sempurna.
Jadi aku tekad pergi pulangkan semula iPhone ni pada Dealer Maxis One Utama (tempat aku beli aritu). Tepat jam 830 malam aku sampai kat OU. Phew! Nasib baik tak tutup lagi. So, aku dengan yakin mengadu masalah yang melanda iPhone aku kepada mereka-mereka yang berbaju kemeja hijau Maxis.
Hampir 10 minit berbincang dan mendapatkan nasihat diorang. Aku pun setuju untuk pulangkan iPhone tu. Dengan nada yakin Brader Maxis tu cakap “Apple ha, memang tak repair iPhone. Kalau rosak, dia olang tukar terus dengan yang baru.”
Aku tersenyum puas. Yelah, baru pakai hampir seminggu dah problem. Rasa Puaslah kalau dapat yang baru. Tapi masalahnya aku kena tunggu sekurang-kurangnya 2MINGGU! Mak ai! Lambek boto! Jibraun!
So sebagai kesimpulannya, kalau iPhone anda-anda semua rosak, silalah buat sebegini:
Kalau iPhone anda ada masalah sewaktu anda baru beli, sila pulangkan semula dalam tempoh 24 Jam dari waktu pembelian anda. Maxis akan tukar iPhone yang BARU on the spot!
Jika lebih daripada tempoh 24 Jam, anda kena tunggulah sekurang-kurangnya 2MINGGU! (macam aku) Haiyaaaa.
Bawa Service Card Maxis anda. Yang terlekat pada kotak iPhone. Jangan rajin-rajin nak bawak kotak iPhone tu. Hahaha. Bawak Service Card tu cukup.
No comments:
Post a Comment