Google Webmaster

Wednesday, August 24, 2011

Berapa Patut Belanja Atas Kado Hadiah Perkahwinan

Kebanyakan orang dewasa tahu berapa banyak untuk belanja atas hadiah ulang tahun, Hari Ibu dan Hari Bapa. Mereka juga tahu apa hadiah yang sesuai untuk bayi. Tetapi apabila cakap tentang hadiah perkahwinan, banyak orang tak tahu berapa mereka kena belanja. Kebanyakkan kita tidak mahu bagi orang lain ketawa sama kita jika kita beli barang yang kelihatan murah dan hodoh, tetapi kita juga tidak mahu belanja terlalu banyak daripada apa yang kita mampu untuk bersaing dengan tetamu-tetamu lain.

Etika

Dengan hadiah perkahwinan, berapa banyak untuk berbelanja seolah-olah menjadi persoalan etika. Tidak ramai antara kita berasa tidak selesa dengan peraturan-peraturan etika. Dalam bidang-bidang kehidupan yang lain, masyarakat telah beralih daripada kaedah-kaedah itu. Buku Etika tidak lagi ditaruk atas rak buku kami.

Buku etika, atau sekurang-kurangnya orang-orang yang ingat membacanya boleh cari dalam Internet. Dengan penyelidikan situs tersebut, anda boleh mendapatkan idea yang lebih baik tentang berapa banyak untuk berbelanja di hadiah perkahwinan. Anda mesti ingat points ini semua.

1. Negatif: JANGAN cuba untuk berbelanja mengikut apa yang anda akan makan dalam jamuan perkahwinan. Ia adalah satu mitos yang biasa bahawa etika adalah untuk menganggarkan berapa banyak mungkin tentang kos hidangan dan anda akan beli kado hadiah yang sama nilai dengan kos hidangan tu. Jika suami and isteri akan hadir bersama-sama, Perbelanjaan akan jadi dua kali ganda dengan amaun yang anda akan sediakan. Ini TIDAK benar mengikut etika. Di samping itu, satu kaji selidik baru-baru ini menunjukkan bahawa hanya 10 peratus daripada pengantin bersetuju dengan idea itu. Jika diikuti, ia bermakna bahawa ramai orang sanggup menerima hadiah yang lebih murah semata-mata kerana penerimaan adalah kasual.

2. Positif: Anda harus dapat panduan daripada pengantin perempuan dan pengantin lelaki, tetapi anda perlu memastikan hadiah yang anda ingin beli berada dalam lingkungan bajet anda, dan kewangan bertanggungjawab apabila anda membeli hadiah perkahwinan. Pemberian hadiah perkahwinan bukan persaingan. Hadiah anda harus mencerminkan siapa anda dan hubungan anda kepada pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Jika anda tidak mampu untuk memberi hadiah yang mahal, anda boleh beli hadiah yang ada nilai untuk peringatan.


Purata Kebangsaan di Kalangan Melayu

Di Negara Melayu seperti Malaysia, Brunei and Indonesia, pembelanjaan untuk hadiah perkahwinan jatuh ke dalam 3 kategori. Setiap kategori ditentukan oleh hubungan tetamu pengantin.

1. Jika membeli bagi rakan sekerja atau ahli keluarga yang jauh, tetamu boleh beli hadiah yang mahal sikit.

2. Tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan saudara-mara atau rakan-rakan mungkin boleh beli barang perumahn sebagai hadiah perkahwinan.

3. Apabila relatif yang rapat atau kawan karib berkahwin, anda mungkin kena belanja $100 - $150 untuk beli hadiah perkahwinan

Ini mungkin tidak sesuai di bandar atau tempat tingal anda. Lebih baik bagi anda menyemak dengan rakan sebaya dan mengetahui apa kos hadiah perkahwinan disediakan di tempat tinggal anda.


Keputusan peribadi

Dengan hadiah perkahwinan, ia adalah keputusan peribadi tentang amaun untuk belanja. Para tetamu boleh memberikan apa-apa perkahwinan hadiah yang mereka pilih. Anda tidak patut dipengaruhi oleh kos makanan dalam jamuan bila mmpertingkatkan kado hadiah. Anda tidak patut dipengaruhi oleh orang lain apa hadiah yang anda kena beri.

Mencari hadiah perkahwinan sepatutnya mengikut apa yang anda fikirkan kesukaan pengantin dan bukan mengikut tag harga. Jika anda melihat hadiah yang ingin anda beli dan mampu, jangan berpaling kerana ia adalah perkara yang paling murah anda boleh beli dan memuaskan kehendakan pengantin.


Hantar Hadiah Perkahwinan

Etika mengatakan bahawa hadiah perkahwinan boleh dihantar ke rumah pengantin perempuan. Mereka tidak diserahkan secara peribadi, sama ada ke rumah atau ke lokasi perkahwinan. Jika hadiah perkahwinan dihantar ke lokasi majlis perkahwinan, pengantin perlu menunggu dan buka bungkusan di rumah secara peribadi.

Akhirnya, sama ada hadiah perkahwinan berharga $5 atau $5,000, pengantin perempuan yang bersopan santun dan pengantin lelaki akan menerimanya dengan anggun dan menghargainya.

No comments:

Post a Comment