Google Webmaster

Friday, July 5, 2013

Beli tiket Emirates dan Bon Voyage Czech!

alhamdulillah wa syukurillah. yesterday I just had my anatomy final and i can't say anything but alhamdulillah.

selepas aku tulis pasal post terdahulu haritu, tak sangka ramai kawan-kawan aku perasan. terima kasih semua kerana bagi kata-kata semangat. ada yang datang dari India, ada yang datang dari Jordan, ada yang datang dari Malaysia of course. masa nak ambil anatomy final tu, rasa macam tak cukup lagi preparation. tapi.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)


“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)


dan sekarang aku bercadang nak balik Malaysia dahulu. nak jumpa semua orang. rasa rindu pulak tiba-tiba bila tengok semua kawan-kawan satu per satu balik ke Malaysia. tiket sudah dibeli. alhamdulillah lagi. sebab dapat harga murah dari Emirates.


first time beli tiket flight online buat sendiri.

rasa macam best pulak bila main check-check harga tiket. even masa tengah study final anatomy haritu pun sempat lagi check dan banding harga tiket flight. semua syarikat flight aku usha. dari Emirates, Etihad, Turkish Airlines, Malaysia Airlines, Korean Air, KLM dan banyak lagi. agak bazirkan masa jugak la disitu tapi best dan nikmat.

Harga tiket Emirates pergi balik dalam 18k Czech koruna. Kalau convert ke Ringgit Malaysia dalam 2.9k which is agak murah. Aku bayar guna CIMB master card. Selepas bayar, aku check baki dalam CIMB Clicks dan  terkejut jugak la sebab duit aku hilang 3.2k sepatutnya hilang 2.9k sahaja. Aku ni bukan jenis kedekut ke hape, tapi muskil bin hairan. Takkan la currency exchange dari Czech koruna ke Ringgit Malaysia tiba-tiba tak stabil.

Jadi aku terus call CIMB. Pergh. hebat tak aku. Sampai macam ni sekali nak tuntut hak. Well. aku dari kecik sampai sekarang kalau bab duit confirm aku nak menang. lalala. Except kalau dengan orang yang aku kenal aku tak berkira sangat la. Rupa-rupanya, customer service tu cakap kebiasaannya memang macam ni. Pihak Emirates akan hold duit lebih sikit dahulu sebab nanti siap-siap process semua, exact amount akan ditolak dari akaun which is lower than amount yang dia hold tu.

Mengapa aku pilih Emirates? adakah sebab dia penaja utama Arsenal? takda lah. Sebab waktu tu dia ada kasi harga murah, apa lagi terus aku rembat satu. Lepas tu, apa yang best gila bila korang beli tiket dia, korang boleh minta menginap di Hotel for free. ulang taip. For Free dengan syarat duration connection flight korang dengan flight seterusnya di Dubai tu mestilah melebihi 10jam dan harga tiket hendaklah semahal 25k Czech koruna ke atas. Kalau nak confirmation jangan segan-segan call hotline Emirates.



Video atas ni aku sesaje je share. bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk buat korang rasa jeles. Sebenarnya, banyak lagi alternatif lain. Korang boleh pilih Korean Airlines dan biasanya dia transit kat Incheon Airport. kalau naik Etihad transit kat Abu Dhabi Airport, kalau KLM transit di Amsterdam Airport, kalau Turkish Airlines transit di Istanbul dan Emirates di Dubai.

Kadang-kadang kalau check harga tiket guna apps Skyscanner, harga dia tak sama dengan kat official website of flight companies. Jadi dinasihatkan masa nak booking tickets, to be safe buat kat official websites. Takut juga kan sebab kita bukan booking tiket wayang. Aku rasa macam jadi travel agensi punyer tukang promote pulak. Hehe.

No comments:

Post a Comment