Google Webmaster

Tuesday, March 29, 2011

3 Cara Pelajar Boleh Mendapatkan iPad 2

Dalam keghairahan Steve Jobs lancarkan iPad 2 kat pasaran dunia. Aku rasa, lagi ghairah orang kat Malaysia ni nak dapatkan ipad 2 tersebut. Lebih-lebih lagi golongan pelajar macam aku ni. Biasalah, kuat berangan nak barang canggih-canggih. Last-last guna untuk surf internet, Facebook dan main games. Bahahahaha!



Jadi kepada sesiapa pelajar-pelajar yang berminat sangat nakkan iPad 2 ni, aku ada 3 cara yang aku rasa possible lah untuk kita beli iPad 2 ni.

Check it Out!

Cara Pertama: Habiskan PTPTN sepenuhnya
Ini cara yang paling mudah. Kebanyakan student dapat pinjaman belajar daripada PTPTN, so bagi yang dapat pinjaman penuh sebanyak RM3500 satu sem, korang guna je semua duit pinjaman korang. Habiskan semua. Jangan tinggalkan langsung 1 sen pun. Habiskan je kat iPad 2 ni. Senang. Nanti simpan-simpan pun, habis jugak. Tak tau ke mana. Kalau beli ipad 2 ni, takdela teruk sangat. Nampak jugak ke mana duit korang pergi. Bahahaha!


Cara Kedua: Buat Kerja Sambilan
Ini standard. Student, nak carik duit lebih. Apa lagi boleh buat? Part time job la. Kalau yang minat fotografi tu, boleh la amek upah part time photographer. Ambil gambar wedding, tunang ke. Pastu duit job tu, kumpul-kumpul sampai cukup. Beli lah ipad 2 ni. Dan kepada yang tak minat dengan fotografi ni, boleh la part time kat kedai-kedai makan. Mapley ke, McD ke. Tak kisahla. Pandai-pandai korang lah carik kerja.

Cara Ketiga: Jadi Anak Ikan
BAHAHAHA! Ni idea kawan aku yang tak berapa bernas, tapi aku rasa possible untuk jadi. Kepada student-student yang duduk area-area bandar. Ada kabel-kabel dengan dato’-dato’ ataupun datin-datin, bolehla carik mana-mana kerja kosong yang orang-orang kaya ni nak tawarkan. Silap-silap, bukan ipad 2 je korang dapat, BMW M3 pun boleh! BAHAHAHA!

Kalau korang ada idea lagi macamana student boleh beli iPad 2 ni, sila kongsikan di ruangan komen!

Komen! Jangan malu-malu!