Google Webmaster

Sunday, April 27, 2014

Kini aku Bergelar Mahasiswi

Rommate dan saya

Assalamualaikum.

Hehehe, rasa nak gelak pula. Perasaan bercampur baur. Lega, nervous, happy, gementar, risau, semangat.. Semua ada. :)

Nak bagitau. Saya dah mendaftar dengan jayanya. Jadi, insyaAllah selepas ini blog tidak akan diupdate selalu.. Haha. Dan insyaAllah juga, saya akan update semangat saya selalu. yehaa! Itulah semangat saya sebagai mahasiswi baru. Semoga diri ini sentiasa istiqamah. Amin.

Usai sahaja PMR, saya rasa semua dah selesai. Seperti itulah hujung perjalanan. Rupanya selepas tu, muncul pula permulaan baru menuju SPM. Setelah tamat SPM. Rupanya, ada asasi dan universiti yang menunggu. Tapi inilah hidup. Refresh, refresh. Mula, mula dan tamat. Dan tamat. So, yang penting. Biarlah pembelajaran itu berlaku sepanjang hidup. Usah berhenti. Kita tak tahu apa lagi yang menunggu. Mungkin rezeki, mungkin juga kematian.

Nasihat cikgu saya, "Tuntutlah ilmu, umpama kita hidup selama-lamanya. Kerana ilmulah lampu penyuluh untuk kita teruskan jalan hidup kita dan ia jugalah pengukuh akidah kita." Betullah kata orang, kejayaan  itu bukan satu destinasi, melainkan satu persinggahan untuk kita rancang jalan kita seterusnya.

Dari Allah kita datang, untuk Allah kita hidup dan kepada Allah kita akan kembali.

Astaghfirullah untuk masa laluku, Alhamdulillah untuk saat ini dan insyaAllah untuk hari esok.

Banyak orang yang cakap, selepas campus life, zaman kerja pulak menunggu..pe pun good luck bagi saya dulu.

Saya tak pernah merasa minggu orentasi... hehe sebab takut nanti masuk punya masa dah lalu intake la.. so mungkin I perlu ignore orentasi dan terus masuk kelas.

Bagaimanapun, hidup ni is always about learning something, tak apa kalau busy nak buat mcm mana kan.. Apa-apa pun wish me good luck disana.

Semoga saya sentiasa berjaya dalam hidup, Hehe..