Google Webmaster

Wednesday, August 8, 2012

Pelawak Popular Umum Cerai Terus Kahwin Di Siam


KL, 2 OGOS 2012: Mengikut pengalaman Murai Batu, kisah yang menyentuh tentang soal kahwin cerai artis memang sering saja mendapat perhatian ramai. Malah, ada segelintir menganggap kisah rumahtangga artis ini sebagai satu sumpahan kepada mereka yang sering melakonkan babak kahwin cerai ini dalam drama, filem atau pun program TV.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada individu untuk menilainya. Murai Batu harap setiap apa yang berlaku terhadap artismengenai isu ini wajar dijadikan contoh terbaik kepada masyarakat.
Senang cerita, yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik pula dijadikan teladan. Apa yang penting, Murai Batu mendapat tahu, sempena ramadan ini, seorang pelawak popular bakal mengumumkan status dirinya.

Dengarnya, pelawak yang rezekinya semakin mencurah-curah ini sudah pun bercerai dan terus berkahwin dengan gadis yang lebih muda daripada isterinya itu. Malah, pelawak ini dikhabarkan telah pun melangsungkan perkahwinannya itu di Siam atau pun Thailand.

Pun begitu, kebahagian itu hanya dinikmati seketika saja.Mengapa pulak ni? Yang pasti, pelawak ini telah bertekad untuk memberitahu mengenai status perkahwinannya itu nanti.

Namun, perkara yang paling sahih adalah pelawak ini merupakan seorang lelaki yang sudah pun bergelar bapa. Sekarang ini, Murai Batu hanya menunggu masa sesuai untuk pelawak ini menjelaskan segala-galanya.

MURAI BATU: Bukan mudah untuk mengubat luka lama walaupun sudah setahu kemalangan itu terjadi. 

Sumber: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12513&c=2&s=3