Google Webmaster

Tuesday, January 23, 2018

Gubahan Hantaran Yang Perlu Disediakan

Pada masa kini, banyak orang anggap gubahan hantaran tidak begitu penting dalam satu perkahwinan. Sebaliknya, banyak orang mengutamakan mas kahwin. Tetapi sebenarnya hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan adalah dengan tujuan untuk memberitahu pasangan yang bersedia untuk hidup bersama ni ikhlas menerima dirinya seadanya. Memang kita tidak mesti nak mengikuti tepat dengan semua budaya-budaya luar hinggakan melampaui batasan. Adalah lebih baik bagi pasangan yang ingin kahwin tu menyediakan gubahan hantaran yang boleh mampu ditanggung dan bagi keluarga itu hidup dengan bahagia.



Bagi gubahan hantaran, ramai orang mengelirukan apa barangan yang patut diberikan. Jadi, adalah baik bagi anda menyediakan satu checklist dan rujuk kepada panduan dan senarai barang hantaran yang biasa orang bagi.

Berikut adalah senarai hantaran yang biasanya diberikan. Mengikut pengalaman saya dan juga maklum balas yang orang lain bagikan, saya dah buat satu senarai untuk hantaran yang famous untuk orang ramai. Antaranya:-




Baju persalinan dari Makeoverurself
– Baju persalinan = kurung (P)
– Songkok = melayu (L)
– Kain untuk buat baju (L & P)
– Kasut (L & P)
– Beg Tangan
– Jam Tangan (L & P)
– Coklat (Contohnya Cabana Chocolate, Ferraro Rocher atau Coral Delight Coklat).
– Perfume Set/Manicure Set/Penjagaan Diri
– Kek/Macaroon/Candy/Cupcake
– Buah-buahan
– Aalquran/Buku Agama/Tafsir (L & P)
– Sejadah (P)
– Telekung (P)
– Set barangan mandian

Jika nak beri hantaran yang mahal sikit, antara yang boleh dibagikan adalah:
– Gadget seperti smartphone, camera, laptop, TV dan lain-lain.
– Set barang kemas.
– Kunci kereta baru
– Kunci rumah baru
– Sijil insurance/Emas jongkong(pelaburan)
Sewaktu anda keluar untuk membeli gubahan hantaran, anda kena ingat bahawa anda tidak beli barangan yang ada kemungkinan besar tidak dipakai langsung. Jika anda beli hantaran macam ni, ia cuma membazirkan wang anda dan akhirnya barangan itu akan rosak dan dibuang dalam tong sampah saja. Jadi, sebelum anda beli barang yang diperlukan oleh pengantin, pastikan bahawa semua barangan ni yang biasanya kegunaan pengantin akan dipakai selepas kahwin. Adalah baik untuk pengantin berbincang-bincang terlebih dahulu supaya dapat jimat wang dalam barangan yang tidak diperlukan.
Bagi ramai perempuan, mereka suka terima hadiah atau hantaran camtu. Tapi ini semua terpulang kepada pengantin itu berbincang satu sama lain. Ada juga orang yang berikan hantaran iPad 2 kepada pengantin perempuan dan dia nampak gembira sekali. Bagi saya, saya akan cadangkan pengantin beli jenis baju dan pakaian yang bermutu tinggi dan boleh dipakai buat seumur hidup.

Friday, January 12, 2018

8 Sebab Gagal Temuduga Separa Perubatan

Dalam sesi temuduga Separa Perubatan, calon-calon yang terpilih terdiri dari mereka yang telah lulus peperiksaan online Separa Perubatan. Ianya melibatkan 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Dalam sesi tapisan temuduga Separa Perubatan, ada 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang biasanya dilakukan oleh calon-calon.



1. Tidak bersungguh ketika temuduga. Ini dapat dilihat dari sudut persediaan sebelum temuduga. Terdapat calon yang datang temuduga tanpa penampilan yang serius. Hanya berpakaian ala kadar seperti hendak ke pasar dan tidak mencari maklumat untuk menghadapi temuduga Separa Perubatan.

2. Menghadap panel temuduga tanpa perasaan. Datang temuduga dan masuk ke bilik temuduga tanpa sebarang keyakinan. Dengan muka yang tidak berperasaan, calon tersebut seperti acuh tidak acuh menjawab soalan-soalan dari panel penemuduga.

3. Tidak menyerahkan resume pada panel penemuduga. Fail yang menyimpan maklumat berkaitan diri calon tersebut hanya diletakkan di depan mereka. Tiada komunikasi yang wujud menerusi tangan calon. Sekurang-kurangnya, fail tersebut dihulurkan sehingga disambut oleh panel penemuduga.

4. Terus duduk tanpa disuruh. Semasa berada dalam bilik temuduga, tugas anda ialah menunggu dan menerima arahan dari panel penemuduga. Bayangkan bagaimana adab apabila datang ke rumah orang. Duduk setelah dipersilakan, makan setelah dijemput.

5. Memegang beg atau berpeluk tubuh. Semasa proses temuduga sedang berjalan, elakkan daripada berbuat demikian. Berpeluk tubuh hanya akan memperlihatkan sikap yang tidak yakin. Tunjukkan adab sebagai calon yang lebih muda menghormati panel penemuduga yang tua.

6. Pegang pen semasa temuduga berlangsung. Sambil ditemuduga, ada sebahagian calon yang berbuat demikian. Maaf ini adalah sesi temuduga Separa Perubatan, bukan masanya untuk bermain. Di sekolah bila guru sedang mengajar, sudah pastinya anda boleh mendengar dengan baik.

7. Tidak berbual santai semasa rehat dengan panel penemuduga. Ini bukanlah satu kemestian, namun bila terserempak dengan mereka semasa rehat atau makan, tidak salah untuk bertegur sapa. Ini menggambarkan adab sopan sebagai seorang manusia, boleh berkomunikasi dengan masyarakat.

8. Tidak kaji institusi Diraja dan senarai kabinet di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah pengetahuan am yang wajib diketahui meski pun tidak dipanggil ke tapisan temuduga Separa Perubatan. Usah sekadar membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja.

Itulah sedikit sebanyak 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang kerap dilakukan oleh calon-calon Separa Perubatan. Lakukan persediaan temuduga yang lebih baik dengan membuat rujukan dari Ebook Temuduga Separa Perubatan.

Keputusan Peperiksaan Separa Perubatan

Pihak SPA telah mengemaskini link semakan untuk calon-calon memeriksa keputusan peperiksaan Separa Perubatan Gred U29 di portal mereka. Anda yang terlibat boleh menggunakan link di bawah untuk melihat keputusan anda.



Semakan keputusan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Gred U29 :

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Semenanjung)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=SK20160013

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Sabah)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=GAllipoli

Latihan Separa Perubatan Gred U29 (Sarawak)

Sila layari laman web :

http://online.spa.gov.my/online/keputusan_pe_online.php?pemerolehan=SW20160012

Apa juga keputusan yang diperolehi, saya berharap ia adalah yang terbaik untuk anda. Jika anda gagal dalam peperiksaan, usah berputus asa kerana masih ada peluang di tahun hadapan. Kemaskini maklumat dalam SPA supaya nama anda tercalon lagi di peperiksaan yang akan datang.

Masalah tidak cukup persediaan semasa peperiksaan, gangguan server yang tidak stabil, talian internet yang terputus-putus, soalan tidak terpapar dengan lengkap pasti memberi kesan kepada keputusan peperiksaan Separa Perubatan anda.

Sama ada pihak SPA akan membuat peperiksaan ulangan atau tidak, dinasihatkan anda supaya sentiasa peka dengan sebarang berita dari pihak SPA. Perlu diingat bahawa, pengambilan Separa Perubatan ialah 2 kali setahun, jadi anda yang masih belum berjaya perlu bersedia untuk peperiksaan dan temuduga pada bulan Mac dan September setiap tahun. Tarikh dan masa yang sebenar akan diumumkan oleh SPA.

Mohon tinggalkan soalan anda di bahagian komen jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan. Kami akan cuba untuk membantu menjawab soalan-soalan anda.

Anda yang lulus dalam peperiksaan online Separa Perubatan, sila rujuk Panduan Persediaan Temuduga Separa Perubatan.