Google Webmaster

Sunday, October 23, 2011

Apple memperkenalkan IOS 5

IOS5 – Iphone Operating System versi 5 telah diperkenalkan pada awal bulan 10 tahun 2011. Terdapat 200 kemudahan-kemudahan terkini telah diperkenalkan didalam sistem pengoperasian IOS5.

Apa yang ingin dibincangkan didalam post ini bukanlah ulasan terperinci mengenai kemudahan yang diperkenalkan, tetapi adalah ulasan mengenai impak kepada industri apabila kemudahan yang diperkenalkan diterima pakai oleh pengguna-pengguna seluruh dunia.

Impak yang paling nyata adalah terhadap pembangun-pembangun perisian yang ingin mula bertapak dengan menghasilkan perisian-perisian kerdil yang boleh digunakan oleh pengguna bagi memudahakan kegiatan seharian. Aplikasi-aplikasi kerdil ini yang memudahkan pengguna mengambil gambar, mengingatkan sesuatu dan juga menyimpan kandungan di Internet akan lenyap didalam sekelip mata apabila IOS5 diterima pakai sepenuhnya oleh pengguna.

Bukan sahaja syarikat-syarikat kecil, syarikat yang besar juga turut merasakan bahangnya terutama syarikat telekomunikasi dimana sebahagian besar pendapatan adalah merupakan pendapatan daripada caj pengunaan SMS.

Diantara usahawan-usahawan yang akan merasa bahang IOS5 adalah syarikat yang memberikan kemudahan sokongan kepada sistem pengoperasian IOS4 sebelum ini. Diantara syarikat-syarikat tersebut adalah:

1. Dropbox – Dropbox merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna menyimpan kandungan yang dihasilkan di Internet (In Clouds) atau di awan. Dengan adanya kemudahan ini pengguna tidak perlu bimbang dengan kehilangan kandungan, dan didalam masa yang sama kandungan yang terdapat di Internet tersebut juga boleh diakses dan dimuat-turunkan ke peralatan-peralatan lain yang menyokong aplikasi Dropbox. Apabila iClouds diperkenalkan bersama-sama dengan IOS5, keperluan terhadap kemudahan ini tidak lagi menjadi suatu kepentingan lagi.

Kemudahan iClouds yang disertakan bersama pada tahap perisian kini lebih mudah untuk digunakan dan diberi percuma untuk penyimpanan fail dibawah 5 GB. Pemilik syarikat yang sebelum ini telah berjumpa dengan Steve Jobs untuk tujuan berkerjasama telah kini berputih mata kerana hasil ideanya telah digunapakai dan diterapkan kedalam sistem pengoperasian IOS5 tanpa diberikan apa-apa habuan.

No comments:

Post a Comment