Google Webmaster

Thursday, June 28, 2018

Pemandu Lelaki Juga Tidak Selamat

Salam!

Dulu heboh pemandu wanita banyak yang kena rompak/ragut semasa dalam kereta, sekarang perompak mula berani merompak pemandu lelaki pulak.

Semalam penyanyi dan ahli perniagaan saudara N. D Lala turut dirompak oleh sekumpulan Mat Rempit disebuah stesen minyak. Kalau difikirkan semula ditempat awam pun sekarang kurang selamat berbanding dulu.



Perompak semakin lama semakin berani menbuat kerja-kerja jenayah ditempat awam. Kalau geng rempit ni berani buat begitu dah sah mereka ni mabuk atau mengambil dadah sebelum buat kerja tersebut. Kalau normal, aku rasa mereka fikir banyak kali nak buat macam tu.

Dalam hal ni nak salahkan pihak polis pun tak boleh juga. Mungkin mereka dah ikut dari awal lagi dan mereka pun tak kenal sapa yang bakal mereka rompak. Kalau mereka tahu yang mereka rompak tu N. D LALA agak-agak dorang berani tak rompak?

Kalau dah atas dahi tu dah cop “rempit dan rompak”dengan “kepala kosong” pun mereka berani. Tak payah tunggu nak isi kepala sebelum rompak.

Entahlah,  sejak musim cuti sekolah banyak betul kes-kes jenayah yang dilaporkan, mungkin budak-budak sekolah terlibat atau memang penjenayah melakukan jenayah tidak kira masa!

Mat rempit nie dah semakin menjadi-jadikan. Pihak poils dan ibu bapa kena ambik inisiatif  untuk bendung gejala nie.

Memang kena banyak soal nanti. Dulu saya tertinggal golok dalam kereta, puas gak lah sesi bersoal jawab dengan polis. Nasib baik mereka boleh terima alasan golok untuk siang.

Pada pendapat aku, semua tempat kena sediakan parking yang ada guard nampaknya barulah selamat. itupun kalau guard bukan jenis kaki tidur. Memang banyak guard kaki tidur sekarang ni, bagi mereka yang muda mana ada orang yang minat nak jadi guard.

No comments:

Post a Comment