Google Webmaster

Friday, January 12, 2018

8 Sebab Gagal Temuduga Separa Perubatan

Dalam sesi temuduga Separa Perubatan, calon-calon yang terpilih terdiri dari mereka yang telah lulus peperiksaan online Separa Perubatan. Ianya melibatkan 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Dalam sesi tapisan temuduga Separa Perubatan, ada 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang biasanya dilakukan oleh calon-calon.



1. Tidak bersungguh ketika temuduga. Ini dapat dilihat dari sudut persediaan sebelum temuduga. Terdapat calon yang datang temuduga tanpa penampilan yang serius. Hanya berpakaian ala kadar seperti hendak ke pasar dan tidak mencari maklumat untuk menghadapi temuduga Separa Perubatan.

2. Menghadap panel temuduga tanpa perasaan. Datang temuduga dan masuk ke bilik temuduga tanpa sebarang keyakinan. Dengan muka yang tidak berperasaan, calon tersebut seperti acuh tidak acuh menjawab soalan-soalan dari panel penemuduga.

3. Tidak menyerahkan resume pada panel penemuduga. Fail yang menyimpan maklumat berkaitan diri calon tersebut hanya diletakkan di depan mereka. Tiada komunikasi yang wujud menerusi tangan calon. Sekurang-kurangnya, fail tersebut dihulurkan sehingga disambut oleh panel penemuduga.

4. Terus duduk tanpa disuruh. Semasa berada dalam bilik temuduga, tugas anda ialah menunggu dan menerima arahan dari panel penemuduga. Bayangkan bagaimana adab apabila datang ke rumah orang. Duduk setelah dipersilakan, makan setelah dijemput.

5. Memegang beg atau berpeluk tubuh. Semasa proses temuduga sedang berjalan, elakkan daripada berbuat demikian. Berpeluk tubuh hanya akan memperlihatkan sikap yang tidak yakin. Tunjukkan adab sebagai calon yang lebih muda menghormati panel penemuduga yang tua.

6. Pegang pen semasa temuduga berlangsung. Sambil ditemuduga, ada sebahagian calon yang berbuat demikian. Maaf ini adalah sesi temuduga Separa Perubatan, bukan masanya untuk bermain. Di sekolah bila guru sedang mengajar, sudah pastinya anda boleh mendengar dengan baik.

7. Tidak berbual santai semasa rehat dengan panel penemuduga. Ini bukanlah satu kemestian, namun bila terserempak dengan mereka semasa rehat atau makan, tidak salah untuk bertegur sapa. Ini menggambarkan adab sopan sebagai seorang manusia, boleh berkomunikasi dengan masyarakat.

8. Tidak kaji institusi Diraja dan senarai kabinet di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah pengetahuan am yang wajib diketahui meski pun tidak dipanggil ke tapisan temuduga Separa Perubatan. Usah sekadar membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja.

Itulah sedikit sebanyak 8 sebab gagal temuduga Separa Perubatan yang kerap dilakukan oleh calon-calon Separa Perubatan. Lakukan persediaan temuduga yang lebih baik dengan membuat rujukan dari Ebook Temuduga Separa Perubatan.

No comments:

Post a Comment