Google Webmaster

Saturday, August 27, 2011

Kenduri Perkahwinan

Keramaian orang menganggap berhimpun dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan dalam kenduri kahwin dan menyediakan makanan termasuk dalam upacara kenduri adalah acara yang penting dalam satu perkahwinan.

Semua kenduri melibatkan protokol - antaranya terlibat perkara yang perlu dilakukan dan juga yang dilarangkan. Paakaian pengantin harus sesuai, dan ritual mesti dihormati. Di Malaysia, sebuah negara di mana makanan tidak pernah diabaikan. Jadi, bila mengadakan penunangan keluarga akan menyediakan kenduri dengan acara yang perlu dijalankan. Lepas tu, makanan dan hidangan akan disediakan untuk saudara-mara, jiran dan kawan-kawan dengan beraneka jenis hidangan yang dimasakkan dan boleh menakjubkan para tetamu.

Bagi pengantin yang ingin membuat katering kenduri kahwin di dalam rumah sendiri, mereka akan perlukan servis khemah dan kanopi. Mereka boleh dapat servis ni dari syarikat perkahwinan yang berpengalaman untuk menyediakan katering kahwin kanopi dengan harga yang lumayan dan berpatutan. Selain daripada kanopi jamuan, hidangan makanan pengantin, Public Address system, VIP dome, sistem karaoke, DJ, kerusi, meja dan lain-lain semua boleh disewa dengan syarikat perkahwinan. Anda boleh mencari servis ini dalam internet dan membandingkan harga masing-masing.

Selain daripada upacara kenduri, penyediaan kado hadiah bagi tetamu juga diperlukan. Barangan keperluan untuk majlis-majlis keramaian, perkahwinan, pertunangan, Majlis Aqiqah dan Majlis Kenduri-kendara menjadi semakin penting dan ramai orang suka mencari barangan dan hadiah untuk menjadikan jamuan dan majlis lebih riang gembira.

Pelbagai jenis cenderahati unik, wedding gift atau hadiah perkahwin yang berkaitan dengan perkahwinan boleh termasuk porcelain, kaca, rotan, ceramic, kertas, paper bag, kotak kertas, party bag dan sebagainya yang anda boleh dapat dengan harga yang berpatutan dalam bajet-bajet yang disediakan oleh anda.

No comments:

Post a Comment